Daging merah
Daging merah

Daging merah

Daging merah merupakan istilah masakan yang merujuk kepada daging yang berwarna kemerahan. Ia menjelaskan bahawa daging merah umumnya ialah daging lembu, daging biri-biri, daging kambing, dan daging kuda. Manakala daging ayam, daging arnab, dan daging babi, serta daging mamalia muda seperti daging lembu muda dan daging biri-biri muda dikategorikan bukan daging merah (daging putih).[1] Secara kimia, daging merah berwarna kemerahan kerana kandungan myoglobin yang relatif lebih tinggi berbanding daging putih. Daging ayam hanya mengandung 0.05 peratus mioglobin, daging babi mengandung 0.1-0.3 peratus, dan daging lembu muda 0.4-1 peratus. Manakala daging lembu tua mempunyai 1.5 sehingga 2 peratus mioglobin.[2]Dalam ilmu pemakanan, daging merah didefinisikan sebagai daging yang mempunyai lebih banyak protein mioglobin berbanding daging putih. Beberapa daging, seperti babi, diklasifikasikan sebagai daging putih di bawah takrifan umum atau gastronomi, tetapi sebagai daging merah di bawah takrifan pemakanan.

Rujukan

WikiPedia: Daging merah http://ro.uow.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1... http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-s... http://www.anslab.iastate.edu/Class/AnS460-560/Cla... http://www.choosemyplate.gov/food-groups/protein-f... http://www.fsis.usda.gov/wps/portal/fsis/topics/fo... https://www.nytimes.com/1987/01/15/business/advert... https://www.nytimes.com/1991/11/13/garden/and-this... https://web.archive.org/web/20060912003940/http://... https://web.archive.org/web/20090324234102/http://... https://web.archive.org/web/20090416231207/http://...